Wednesday, July 7, 2010

Rangkaian Laman Sosial: Baik atau Melalaikan?

,
Dewasa ini, sistem rangkaian laman sosial semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Laman sesawang seperti Facebook, friendster, bahkan twitter adalah antara contoh laman sosial di alam maya yang semakin menjadi kegilaan ramai terutama golongan para pelajar. Namun bergunakah laman-laman ini? Adakah ia mempengaruhi tahap prestasi pelajar atau sekadar hobi yang melalaikan?

Ada yang berpendapat:

“Laman rangkaian sosial ini adalah melekakan dan boleh menjejaskan prestasi akademik seseorang pelajar kerana banyak masa digunakan untuk membuka laman rangkaian sosial sambil menyiapkan sesuatu tugasan".

“Sistem rangkaian sosial ini banyak membantu seseorang dalam bersosial dan memudahkan mereka untuk meluahkan pendapat tanpa berasa segan sekiranya pandangan mereka akan ditolak".

“Laman ini banyak membantu dalam aspek pengurusan stress. Ramai pelajar yang mengalami tekanan dalam kehidupan seharian suka meluahkan perasaan mereka menggunakan sistem rangkaian sosial ini, mereka akan mendapat perhatian rakan-rakan di laman sosial terbabit dan pelbagai nasihat berbanding meluahkan perasaan kepada kaunselor yang dikatakan menyusahkan dan memalukan”.

“Sistem rangkaian sosial ini telah banyak menjejaskan nilai moral seseorang pelajar kerana terlalu bebas, menyiarkan gambar dalam aksi yang tidak bermoral dan memalukan”.

Secara keseluruhannya kemunculan laman-laman sosial yang semakin hangat di alam maya kini telah banyak mengubah keperibadian seseorang terutamanya bagi mereka yang bergelar pelajar. Walaubagaimanapun, segalanya tetap terletak di bahu seseorang itu sendiri untuk menilainya. Kematangan berfikir adalah penting bagi mereka untuk menentukan apa yang baik dan apa yang buruk bagi diri mereka sendiri.