Sunday, July 11, 2010

Pemasangan Komputer -SIMM RAM

,
ii)Memasang SIMM RAM ke dalam SIMM slot.

1. Kenapasti slot SIMM yang akan dimasukkan SIMM RAM.
2. Pegang SIMM RAM pada tepinya (jangan sentuh jalur penyambung pada kad) 3. Masukkan modul ingatan ke dalam slot ingatan secara serong pada sudut 45 darjah.

Pastikan hujung kad ingatan bertakik dijajarkan dengan hujung slot RAM yang betul (rujuk rajah a dan b di bawah). Cuba meneliti struktur kad RAM dan struktur slot SIMM. Contohnya, meneliti dan pastikan takik atau lubang pada modul RAM tidak tersekat oleh slot bila modul RAM ditegakkan nanti. Songsangkan arah modul ingatan jika perlu.
4. Tegakkan kad ingatan secara perlahan. Jika kedudukan modul RAM betul, klip logam pada tepi slot akan ditolak buka oleh modul RAM dan satu bunyi “klik” kedengaran bila modul RAM sampai ke posisi yang betul. Ini menandakan bahawa klip pada hujung slot telah berjaya mencengkam kad ingatan. Jangan paksa modul RAM jika ia tidak boleh masuk dengan mudah. Pastikan arah kad RAM adalah betul. Songsangkan kedudukan RAM jika perlu.