Sunday, July 11, 2010

Pemasangan Komputer -DIMM RAM

,
Bagaimana memasukkan kad RAM ke dalam slot RAM.

RAM yang popular ialah SDRAM yang dibekalkan dalam bentuk (form factor) DIMM atau SIMM. Kebanyakan papan induk menggunakan slot DIMM yang hanya boleh menerima DIMM RAM. Sesetengah papan induk menyediakan kedua-dua slot DIMM dan slot SIMM.

SIMM RAM mesti dimasukkan ke dalam slot SIMM dan DIMM RAM ke dalam slot DIMM. SIMM RAM mesti dipasang secara berpasangan dan mengikut tertib slot bermula dari nombor slot yang terkecil, manakala DIMM RAM boleh dipasang satu per satu. Pastikan jenis RAM yang anda miliki. Modul RAM and slot RAM dibuat daripada plastik dan akan retak atau pecah
sekiranya anda memaksa modul RAM ke dalam slot dalam arah yang salah.

i)Memasang DIMM RAM ke Dalam Slot DIMM

1. Baca manual papan induk untuk memastikan slot DIMM yang mana mesti diisi dahulu.
2. Kenalpasti kedudukan slot DIMM yang akan digunakan.
3. Pegang modul DIMM pada tepinya (Jangan sentuh jalur penyambung pada kad)
4. Tekan penyelak-penyelak (latches) pada kiri dan kanan slot DIMM pertama untuk membukanya.
5. Tempatkan modul DIMM pada kedudukan yang betul supaya takik pada modul adalah sejajar dengan penyekat dalam slot.
6. Tekankan modul ke dalam slot sehingga kedua-dua penyelak bergerak ke dalam dan menguncikan modul di dalam slot.
7. Masukkan modul DIMM yang lain (jika ada) ke dalam slot DIMM.