Monday, July 12, 2010

Pemasangan Komputer -CPU

,
Memasang CPU Jenis Socket 370 atau Socket 7

Socket 7 adalah sejenis soket ZIF (Zero Insertion Force) di mana CPU boleh dimasukkan ke dalam soket dengan mudah.
1. Kenalpasti lokasi soket CPU pada papan induk.
2. Kenalpasti tuas pengunci yang terletak di tepi soket CPU.
3. Naikkan tuas pengunci (locking lever) ke kedudukan tegak supaya lubang-lubang pada soket dibuka. Biasanya tuas soket CPU ditahan oleh satu tonjolan pada tepi soket CPU dan anda mesti menolak hujung tuas menjauhi soket sedikit (sedikit sahaja) sebelum anda dapat menaikkan tuas.
4. Kenalpasti sudut pin-1 pada soket CPU. Sudut pin-1 ialah sudut yang bersebelahan dengan hujung tuas pengunci bila tuas diturunkan. Sudut ini mempunyai susunan pin yang condong (rujuk rajah di atas)
5. Kenalpasti sudut pin-1 pada CPU. Rujuk rajah di bawah.
6. Tempatkan CPU supaya sudut pin-1 CPU berada di atas sudut pin-1 soket.
7. Laraskan kedudukan CPU. Apabila pin-pin CPU dan lubang-lubang pin pada soket telah sepadan, CPU akan jatuh ke dalam soketnya. Anda mungkin perlu menekan CPU sedikit supaya CPU dimasukkan sepenuhnya ke dalam soket. Anda tidak perlu menekan CPU dengan kuat untuk memasukkannya ke dalam soket. Menekan CPU dengan kuat semasa memasukkannya ke dalam soket akan membengkokkan dan merosakkan pin-pin CPU.
8. Pastikan CPU telah dimasukkan dangan betul ke dalam soketnya.
9. Turunkan tuas pengunci untuk mengunci CPU pada soket.