Sunday, July 4, 2010

Rangkaian - Jenis & Topologi Rangkaian

,
JENIS-JENIS RANGKAIAN
Jenis-jenis rangkaian ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, ia turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya, ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu:
1. Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)
2. Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network - MAN)
3. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)

TOPOLOGI RANGKAIAN
Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan.Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal.
Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals). Topologi logikal pula merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja.Berikut adalah di antara jenis-jenis topologi yang utama:
1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
2. Topologi Bintang (Star)
3. Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring)
4. Topologi Pepohon (Tree)
5. Topologi Hierarki