Monday, July 5, 2010

Rangkaian - Pemilihan Topologi & Perkakasan

,
PEMILIHAN TOPOLOGI

Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira sewaktu hendak memilih sesuatu topologi. Di antara kriteria-kriteria tersebut ialah:

1. Kewangan: Topologi linear bas mungkin lebih murah jika dibandingkan dengan topologi-topologi yang lain tambahan pula topologi bas tidak memerlukan concentrator.

2. Kabel: Rangkaian bertatarajah topologi bas memerlukan kabel yang kurang panjang berbanding topologi yang lain.

3. Manfaat Jangka panjang: Apabila menggunakan topologi bintang, rangkaian dapat diperkembangkan dengan menambahkan satu lagi concentrator.

4. Jenis kabel: Kabel yang paling popular digunakan di sekolah ialah kabel pasangan berpintal tidak berlapik (unshielded twisted pair – UTP)


PERKAKASAN

Perkakasan rangkaian merangkumi semua komputer, periferal, kad antaramuka (interface card) dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian. Di antara komponen-komponen yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian ialah:

1 Fail pelayan
2 Stesen kerja
3 Kad antara muka
4 Concentrators / Hub
5 Pengulang (repeaters)
6 Jambatan (Bridges)
7 Router