Thursday, July 8, 2010

Etika Rangkaian Sosial

,
1. Pastikan anda tidak mendedahkan segala butiran diri di laman tersebut kerana ianya terbuka kepada orang awam.

2. Apabila anda menggunakan rangkaian sosial, secara tidak lansung jejak anda dapat dikesan walaupun anda cuba untuk tidak memaparkan nama sebenar. Hal ini kerana anda telah menyetujui perjanjian semasa pendaftaran.

3. Anda perlu ingat, tidak semua yang ada di internet adalah betul. Kemungkinan maklumat yang dipaparkan adalah palsu.

4. Jangan masukkan bahan-bahan kerja bersama laman peribadi. Asingkan segala yang berkaitan. Anda dinasihatkan supaya menghindari sikap buruk seperti menabur fitnah atau melepaskan geram secara melulu.