Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai di hari Pembalasan .Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan Hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang Telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
AYAT KURSI
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi.tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmuAllah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.( Surah Al-Baqarah ayat 255)
DOA
“Ya Allah, kami memohon kehadrat Mu keselamatan agama, kesihatan jasmani, bertambah ilmu pengetahuan serta rezeki yang diberkati. Bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati dan Memperolehi keampunan setelah mati. Ya Allah, permudahkanlah kami pada gelombang sakaratul maut,Dan lepaskanlah kami dari api neraka dan Mendapat kemaafan ketika hisab. Ya Allah, janganlah digoncangkan hati kami setelah mendapat petunjuk,berikanlah kami rahmat,sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi Rahmat. Ya Allah, berikanlah kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, Peliharakanlah kami daripada api neraka ..”
PENAFIAN
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dan ke atas.
Penafian : SMK Jelawat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakanyang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini.