Monday, July 26, 2010
Mengenal Microsoft Powerpoint
Keterangan Gambar :
Menu Bar : Daftar menu yang masing-masing terdiri dari beberapa perintah
Standard Toolbar : Tools untuk menangani file, menyisipkan objek sama ada gambar atau grafik
Formatting Toolbar : Tools yang terdiri dari item yang berhubungan dengan pengaturan huruf atau tulisan
Slide Sorter View : Menampilkan keseluruhan slide di layar kerja dalam bentuk ukuran kecil Slide Show : Menampilkan tayangan sebuah slide
Drawing Toolbar : Tools yang terdiri dari item yang berhubungan dengan pembuatan ataupun pengaturan gambar
Sunday, July 25, 2010
MS Word - Menyisipkan Gambar, Objek, WordArt
Untuk menyisipkan gambar, klik pada gambar yang diinginkan.
Untuk menyisipkan gambar dari file, klik menu Insert > Picture > From File sehingga muncul kotak dialog Insert Picture. Pilih gambar yang diinginkan dari folder.
Menyisipkan objek AutoShape
AutoShape adalah objek-objek dengan bentuk tertentu yang dapat disisipkan ke dalam dokumen. Objek-objek tersebut antara lain bentuk garis, lingkaran, persegiempat, dan lainnya. Objek-objek tersebut dapat disisipkan dengan memilihnya pada Tool Bar Drawing.Untuk menampilkan toolbar ini, klik menu View > Toolbars > Drawing. Klik tombol AutoShapes kemudian pilih kategori objek sesuai keinginan.
MenyisipkanWordArt
Teks yang dibuat dengan WordArt akan tampak lebih bervariasi. Salah satu contoh penggunaan WordArt adalah di bawah ini:
Thursday, July 22, 2010
MS Word - Membina Jadual (Table)
Insert > Table sehingga muncul kotak dialog Insert Table
• Number of columns: untuk menentukan jumlah lajur.
• Number of rows: untuk menentukan jumlah baris.
• AutoFit Bahavior: untuk pengaturan lebar lajur.
Jadual dapat diatur propertinya untuk menyesuaikan tampilannya, misalnya mengatur tampilan garis, memberi warna sel, mengatur posisi, dan lainnya. Contoh jadual dibawah ini adalah jadual yang telah diberi variasi:
MS Word - Menuliskan teks dan memformat paragraf
Untuk membuat hasil yang maksima, maka diperlukan pemformatan karakter, seperti menentukan jenis huruf, stail huruf, ukuran huruf, dan lainnya.
Pemformatan karakter dapat diterapkan sebelum ataupun sesudah pengetikan.
Klik menu Format > Font untuk melakukan pemformatan sehingga muncul
kotak dialog Font.
• Font: untuk menentukan jenis huruf yang digunakan.
• Font Style: menentukan stail huruf, iaitu Regular (biasa), Italic (miring), Bold (tebal), dan Bold Italic (tebal dan miring).
• Size: menentukan ukuran huruf.
• Font Color: menentukan warna huruf.
• Effects: untuk membuat efek-efek yang akan diterapkan pada teks.
• Preview: menampilkan contoh hasil pengaturan format teks.
Jadual di bawah ini memperlihatkan contoh-contoh hasil pemformatan teks dan penggunaan efek di dalam teks.
Wednesday, July 21, 2010
MS Word - Membuat, menyimpan, menutup, dan membuka dokumen
1. Klik menu File > New sehingga muncul jendela Task Pane yang menampilkan bahagian New Document.
2. Setelah itu, pilihlah Blank Document untuk membuat dokumen. (Boleh juga memilih salah satu dokumen template untuk membuat dokumen baru berdasarkan template yang telah disediakan.)
Di dalam Tool Bar juga terdapat tombol New Blank Document (Gambar) yang befungsi untuk membuat dokumen baru tanpa melalui jendela Task Pane.
• Margins: untuk menentukan batas atas (Top), kiri (Left), kanan (Right), dan bawah (Bottom) dokumen, dan ada juga orientasi kertas.
• Paper Size: untuk menentukan ukuran kertas yang akan digunakan dengan memilihnya pada menu drop-down.
Secara default, satuan yang digunakan pada ruler mahupun margin adalah inchi. Untuk mengubahnya ke centimeter, klik menu Tools > Options sehingga muncul kotak dialog Options. Pilih tab General. Pada bahagian Measurements Units, gantilah satuan ke Centimeters.
1. Klik menu File > Save atau File > Save As sehingga muncul kotak dialog Save As (Gambar).
2. Di dalam kotak dialog tersebut, lakukan pengaturan sebagai berikut:
• Save in: tentukan lokasi folder tempat dokumen akan disimpan.
• File name: ketikkan nama untuk identifikasi dokumen.
• Save as type: type dokumen, gunakan default yang diberikan, iaitu Word Document.
• Klik tab Save untuk menyimpan dokumen tersebut.
Untuk menyimpan dokumen lama yang telah diedit, klik menu File > Save. Apabila dokumen tersebut hendak disimpan dengan nama yang berbeza, klik File > Save As sehingga caranya sama seperti menyimpan dokumen baru. Apabila menyimpan dokumen, nama yang digunakan sama dengan nama yang sudah ada di dalam folder, maka kotak seperti ini(gambar) muncul.
• Save change with a different name: menyimpan dokumen baru dengan nama lain.
• Merge into exiting file: menggabungkan perubahan yang dilakukan kedalam file yang sudah ada.
Tuesday, July 20, 2010
Mengenal Microsoft Word
Secara default, tampilan area kerja program MS Word terdiri atas Title Bar, Menu Bar, Tool Bar, Ruler, dan Task Pane.
Title bar berisi nama file yang sedang dikerjakan, serta tombol menampilkan,atau menyembunyikan jendela program, dan menutup program, iaitu tombol Minimize, Maximize/Restore, dan Close.
Menu bar berisi serangkaian perintah yang didalamnya terdapat sub-sub perintah sesuai kategorinya. Perintah File mempunyai sub-sub perintah yang berkaitan dengan dokumen, misalnya membuat dokumen baru (Open), mengatur properti dokumen (Page Setup), dan sebagainya.
Tool bar berisi tombol-tombol yang berfungsi sebagai alternatif penggunaan perintah yang sering digunakan. Sebagai contoh, tool Open merupakan shortcut dari perintah File > Open, atau tool Print merupakan shortcut dari perintah File > Print.
Ruler merupakan kotak pengukuran yang diletakkan secara horizontal di atas dokumen, dan secara vertical di sebelah kiri dokumen. Ruler berfungsi untuk mempermudah melakukan pengaturan letak halaman.
Task pane merupakan fasiliti yang berisi rangkuman perintah yang sering digunakan dalam pengeditan dokumen. Bahagian di dalam jendela Task Pane terdiri atas 13 bahagian, iaitu Getting Started, Help, Search Results, Clip Art, Research, Clipboard, New Document, Shared Workspace, Document Updates, Protect Document, Styles and Formatting, Reveal Formatting, Mail Merge, dan XML Structures.
Status bar adalah baris horizontal yang menampilan informasi jendela dokumen yang sedang ditampilkan.
• Page number: menampilkan informasi halaman.
• Sec: menampilkan section dokumen.
• Number/number: menampilkan nombor halaman dan total halaman berdasarkan fisikal halaman di dalam dokumen.
• At: menampilkan jarak dari atas halaman pada titik sisip.
• Ln: menampilkan baris dari teks tempat titik sisip diposisikan.
• Col: menampilkan jarak dari baris kiri ke posisi titik sisip. Jarak ditentukan dengan jumlah karakter.
Monday, July 19, 2010
Wednesday, July 14, 2010
Tuesday, July 13, 2010
Pemasangan Komputer -Kipas & Heat Sink CPU
CPU moden menghasilkan banyak haba apabila digunakan dan komputer akan tergantung(hang) jika suhu CPU meningkat terlalu tinggi. Heat sink dan kipas kecil perlu disambungkan kepada CPU supaya haba yang dihasilkan oleh CPU dapat disebarkan dan CPU dikekalkan pada suhu yang paling sesuai.
1. Kenalpasti kipas CPU dan heat sink yang biasanya dijual sekali sebagai satu unit. Rujuk rajah berikut. 2. Klipkan heat sink dan kipas CPU pada CPU.
3. Sambungkan kabel kuasa kipas CPU kepada sumber kuasa elektrik. Dalam sesetengah kes, kabel kuasa kipas CPU mempunyai satu penyambung 3 pin pada satu hujungnya untuk membolehkan kipas mendapat sumber elektrik melalui satu penyambung (connector) pada papan induk.
Monday, July 12, 2010
Pemasangan Komputer -CPU
2. Kenalpasti tuas pengunci yang terletak di tepi soket CPU.
3. Naikkan tuas pengunci (locking lever) ke kedudukan tegak supaya lubang-lubang pada soket dibuka. Biasanya tuas soket CPU ditahan oleh satu tonjolan pada tepi soket CPU dan anda mesti menolak hujung tuas menjauhi soket sedikit (sedikit sahaja) sebelum anda dapat menaikkan tuas.
4. Kenalpasti sudut pin-1 pada soket CPU. Sudut pin-1 ialah sudut yang bersebelahan dengan hujung tuas pengunci bila tuas diturunkan. Sudut ini mempunyai susunan pin yang condong (rujuk rajah di atas)
5. Kenalpasti sudut pin-1 pada CPU. Rujuk rajah di bawah. 6. Tempatkan CPU supaya sudut pin-1 CPU berada di atas sudut pin-1 soket.
7. Laraskan kedudukan CPU. Apabila pin-pin CPU dan lubang-lubang pin pada soket telah sepadan, CPU akan jatuh ke dalam soketnya. Anda mungkin perlu menekan CPU sedikit supaya CPU dimasukkan sepenuhnya ke dalam soket. Anda tidak perlu menekan CPU dengan kuat untuk memasukkannya ke dalam soket. Menekan CPU dengan kuat semasa memasukkannya ke dalam soket akan membengkokkan dan merosakkan pin-pin CPU.
8. Pastikan CPU telah dimasukkan dangan betul ke dalam soketnya.
9. Turunkan tuas pengunci untuk mengunci CPU pada soket.
Sunday, July 11, 2010
Pemasangan Komputer -SIMM RAM
1. Kenapasti slot SIMM yang akan dimasukkan SIMM RAM.
2. Pegang SIMM RAM pada tepinya (jangan sentuh jalur penyambung pada kad) 3. Masukkan modul ingatan ke dalam slot ingatan secara serong pada sudut 45 darjah.
Pastikan hujung kad ingatan bertakik dijajarkan dengan hujung slot RAM yang betul (rujuk rajah a dan b di bawah). Cuba meneliti struktur kad RAM dan struktur slot SIMM. Contohnya, meneliti dan pastikan takik atau lubang pada modul RAM tidak tersekat oleh slot bila modul RAM ditegakkan nanti. Songsangkan arah modul ingatan jika perlu.
4. Tegakkan kad ingatan secara perlahan. Jika kedudukan modul RAM betul, klip logam pada tepi slot akan ditolak buka oleh modul RAM dan satu bunyi “klik” kedengaran bila modul RAM sampai ke posisi yang betul. Ini menandakan bahawa klip pada hujung slot telah berjaya mencengkam kad ingatan. Jangan paksa modul RAM jika ia tidak boleh masuk dengan mudah. Pastikan arah kad RAM adalah betul. Songsangkan kedudukan RAM jika perlu.
Pemasangan Komputer -DIMM RAM
RAM yang popular ialah SDRAM yang dibekalkan dalam bentuk (form factor) DIMM atau SIMM. Kebanyakan papan induk menggunakan slot DIMM yang hanya boleh menerima DIMM RAM. Sesetengah papan induk menyediakan kedua-dua slot DIMM dan slot SIMM.
SIMM RAM mesti dimasukkan ke dalam slot SIMM dan DIMM RAM ke dalam slot DIMM. SIMM RAM mesti dipasang secara berpasangan dan mengikut tertib slot bermula dari nombor slot yang terkecil, manakala DIMM RAM boleh dipasang satu per satu. Pastikan jenis RAM yang anda miliki. Modul RAM and slot RAM dibuat daripada plastik dan akan retak atau pecah
sekiranya anda memaksa modul RAM ke dalam slot dalam arah yang salah.
i)Memasang DIMM RAM ke Dalam Slot DIMM
1. Baca manual papan induk untuk memastikan slot DIMM yang mana mesti diisi dahulu.
2. Kenalpasti kedudukan slot DIMM yang akan digunakan.
3. Pegang modul DIMM pada tepinya (Jangan sentuh jalur penyambung pada kad)
4. Tekan penyelak-penyelak (latches) pada kiri dan kanan slot DIMM pertama untuk membukanya.
5. Tempatkan modul DIMM pada kedudukan yang betul supaya takik pada modul adalah sejajar dengan penyekat dalam slot.
6. Tekankan modul ke dalam slot sehingga kedua-dua penyelak bergerak ke dalam dan menguncikan modul di dalam slot.
7. Masukkan modul DIMM yang lain (jika ada) ke dalam slot DIMM.
Thursday, July 8, 2010
Etika Rangkaian Sosial
2. Apabila anda menggunakan rangkaian sosial, secara tidak lansung jejak anda dapat dikesan walaupun anda cuba untuk tidak memaparkan nama sebenar. Hal ini kerana anda telah menyetujui perjanjian semasa pendaftaran.
3. Anda perlu ingat, tidak semua yang ada di internet adalah betul. Kemungkinan maklumat yang dipaparkan adalah palsu.
4. Jangan masukkan bahan-bahan kerja bersama laman peribadi. Asingkan segala yang berkaitan. Anda dinasihatkan supaya menghindari sikap buruk seperti menabur fitnah atau melepaskan geram secara melulu.
Wednesday, July 7, 2010
Rangkaian Laman Sosial: Baik atau Melalaikan?
Ada yang berpendapat:
“Laman rangkaian sosial ini adalah melekakan dan boleh menjejaskan prestasi akademik seseorang pelajar kerana banyak masa digunakan untuk membuka laman rangkaian sosial sambil menyiapkan sesuatu tugasan".
“Sistem rangkaian sosial ini banyak membantu seseorang dalam bersosial dan memudahkan mereka untuk meluahkan pendapat tanpa berasa segan sekiranya pandangan mereka akan ditolak".
“Laman ini banyak membantu dalam aspek pengurusan stress. Ramai pelajar yang mengalami tekanan dalam kehidupan seharian suka meluahkan perasaan mereka menggunakan sistem rangkaian sosial ini, mereka akan mendapat perhatian rakan-rakan di laman sosial terbabit dan pelbagai nasihat berbanding meluahkan perasaan kepada kaunselor yang dikatakan menyusahkan dan memalukan”.
“Sistem rangkaian sosial ini telah banyak menjejaskan nilai moral seseorang pelajar kerana terlalu bebas, menyiarkan gambar dalam aksi yang tidak bermoral dan memalukan”.
Secara keseluruhannya kemunculan laman-laman sosial yang semakin hangat di alam maya kini telah banyak mengubah keperibadian seseorang terutamanya bagi mereka yang bergelar pelajar. Walaubagaimanapun, segalanya tetap terletak di bahu seseorang itu sendiri untuk menilainya. Kematangan berfikir adalah penting bagi mereka untuk menentukan apa yang baik dan apa yang buruk bagi diri mereka sendiri.
Tuesday, July 6, 2010
Perkakasan & Peralatan
1. Monitor
Monitor memainkan peranan yang amat penting kerana segala pemaparan akan dibuat menggunakan peralatan output ini.
2. Papan kekunci
Papan kekunci merupakan peranti yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer.
3. Tetikus
Tetikus digunakan untuk menggerakkan cursor pada skrin komputer.
4. Speaker
Sebagai output suara. Pengguna boleh melaraskan ketinggian output suara.
5. Floppy Disk Drive
Sebagai tempat menyimpan atau stor data.
6. Processor
Processor sebagai otak komputer yang akan memproses segala data dan maklumat.
7.Motherboard @ Mainboard
Sebagai tapak komputer kepada alatan lain.
8. Hard Disk Drive
Sebagai tempat menyimpan atau stor data.
9. RAM
Pemangkin kelajuan sesebuah komputer.
10. VGA Card
Mengeluarkan gambar pada monitor.
11.Sound Card
Sebagai alat pengeluar bunyi.
Monday, July 5, 2010
Rangkaian - Pemilihan Topologi & Perkakasan
1. Kewangan: Topologi linear bas mungkin lebih murah jika dibandingkan dengan topologi-topologi yang lain tambahan pula topologi bas tidak memerlukan concentrator.
2. Kabel: Rangkaian bertatarajah topologi bas memerlukan kabel yang kurang panjang berbanding topologi yang lain.
3. Manfaat Jangka panjang: Apabila menggunakan topologi bintang, rangkaian dapat diperkembangkan dengan menambahkan satu lagi concentrator.
4. Jenis kabel: Kabel yang paling popular digunakan di sekolah ialah kabel pasangan berpintal tidak berlapik (unshielded twisted pair – UTP)
PERKAKASAN
Perkakasan rangkaian merangkumi semua komputer, periferal, kad antaramuka (interface card) dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian. Di antara komponen-komponen yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian ialah:
1 Fail pelayan
2 Stesen kerja
3 Kad antara muka
4 Concentrators / Hub
5 Pengulang (repeaters)
6 Jambatan (Bridges)
7 Router
Sunday, July 4, 2010
Rangkaian - Jenis & Topologi Rangkaian
Jenis-jenis rangkaian ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, ia turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya, ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu:
1. Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)
2. Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network - MAN)
3. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)
TOPOLOGI RANGKAIAN
Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan.Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal.
Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals). Topologi logikal pula merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja.Berikut adalah di antara jenis-jenis topologi yang utama:
1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
2. Topologi Bintang (Star)
3. Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring)
4. Topologi Pepohon (Tree)
5. Topologi Hierarki
Thursday, July 1, 2010
Rangkaian Komputer dan Manfaat
Sistem Rangkaian (Networking) boleh ditakrifkan sebagai lebih daripada satu hardware dipisahkan secara fizikal kedudukannya tetapi disambung atau dirangkaikan dari segi operasinya. Antara manfaat rangkaian:
1. Pengguna boleh berkongsi menggunakan perisian serta fail. Perkongsian, penyalinan serta penghantaran perisian serta fail dapat dilaksanakan secara talian pada masa yang serentak.
2. Para pengguna rangkaian dapat berhubung serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Pengguna juga boleh bertukar-tukar mesej atau pesanan melalui komputer melalui proses yang dikenali sebagai mel eletronik serta perisian “chat” di dalam persekitaran rangkaian.
3. Beberapa komputer boleh berkongsi perkakasan yang sama contohnya mesin pencetak, pengimbas, CD ROM dan kelengkapan faks.