Wednesday, December 8, 2010

Hijrah: Persiapan Diri Menuju Alaf Baru

,
Oleh:Wan Mohd Zuhairi Wan Abdullah

Panel Penulis JAKIM.

Awal Muharram sekali lagi menyingkap tirai dan mengimbau perjuangan agung Rasulullah s.a.w. menghadapi kebejatan jahiliah dan kemelut permasalahan yang tidak berkesudahan. Ia sekaligus membuka satu lembaran baru dalam sejarah kemerdekaan sejati bagi umat Islam daripada belenggu jahiliah dalam pelbagai aspek kehidupan.

Ini juga bermakna bahawa strategi dakwah yang teliti, penuh hikmah dan berhati-hati serta berasaskan perancangan yang rapi yang diterajui sendiri oleh Rasulullah s.a.w. pada ketika itu, telah berjaya memastikan Islam terus berkembang ke seluruh pelosok dunia sehingga hari Kiamat. Sesungguhnya persiapan rapi yang disempurnakan sebelum melancarkan slogan hijrah agung itu merupakan tindakan perdana yang penuh berwawasan, efisien dan berpandangan jauh.

Setelah 1420 tahun lamanya peristiwa hijrah hakiki berlalu, kini umat Islam hidup di dalam pelbagai cubaan dan dugaan yang amat mencabar. Lebih-lebih lagi di saat dunia sedang menghadapi ledakan kemajuan yang tidak berhenti-henti. Paling mencabar, dakwah Islamiah hari ini memasuki era siber serta memerlukan kepakaran di dalam bidang sains komputer dan multimedia yang tinggi. Dunia tanpa sempadan, konsep langit terbuka, kerajaan elektronik, perdagangan elektronik, munculnya penyakit-penyakit yang kronik, budaya-budaya Barat yang semakin banyak didedahkan kepada masyarakat dunia, penerokaan pelbagai jenis disiplin ilmu dan sebagainya, merupakan sebahagian daripada cabaran yang mesti disahut oleh umat Islam hari ini.

Umat Islam yang mengambil sikap tunggu dan lihat akan tertinggal jauh di belakang. Akhirnya mereka akan menjadi pengkagum kehebatan yang dicapai oleh orang lain. Dalam masa yang sama jika umat Islam ingin turut sama mengejar kehebatan tersebut, maka mereka perlulah mempersiapkan ilmu pengetahuan yang tinggi dan mestilah sanggup mengorbankan masa, tenaga dan belanja yang banyak demi kemajuan hidup mereka sendiri. Namun begitu, persoalannya berapa keratkah di kalangan kita yang sanggup berusaha bermati-matian untuk tujuan tersebut? Sebaliknya masih ramai lagi yang hanya duduk menghabiskan masa tanpa berusaha menuntut ilmu pada tahap yang sewajarnya.

Jika direnung betapa hebatnya persiapan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. bersedia sebelum menjayakan hijrah dari Mekah ke Madinah suatu masa dahulu, maka sudah tentu kita akan menitiskan air mata mengenangkan hebatnya pengorbanan yang telah dilakukan. Kita bersyukur kerana hasil titik peluh, darah dan air mata merekalah, maka kita berpeluang untuk menikmati nikmat iman dan Islam pada hari ini.

Barangkali tidak pernah terdetik di lubuk hati para sahabat r.a. ketika itu bahawa seruan dakwah yang mereka usahakan di celah-celah kezaliman kuffar Quraisy di tengah padang pasir dahulu kala, kini menjadi bahan perbincangan hebat antara ulama’ dengan penduduk dunia melalui internet. Bersama kecanggihan ini juga ayat-ayat al-Quran yang mereka hafaz di dalam dada dan menjadi amalan hidup dahulu, kini banyak yang hanya menjadi hiasan di dinding rumah-rumah umat Islam. Masjid yang menjadi tempat penyebaran ilmu dan bersyura dahulu, kini hanya menjadi bahan kebanggaan dan kemegahan binaan dan ukiran indah tetapi sepi daripada jemaah yang keluar masuk untuk beribadat dan beri’tikaf di dalamnya. Kalau dahulu penyebaran dakwah bergelumang dengan cacian kuffar, penindasan, maksiat, berhala dan botol-botol arak di seluruh kota Mekah, tetapi kini dakwah yang berlangsung melalui kaca televisyen, radio dan internet bergelumang pula dengan siaran-siaran hiburan yang melampau dan halaman-halaman web yang tidak senonoh, jahat serta kotor.

Sesungguhnya persiapan utama yang disediakan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat r.a. sebelum bermulanya misi hijrah ialah memberi kekuatan rohani dan jasmani. Perkara asas yang ditekankan oleh baginda ialah persoalan akidah. Akidah yang mantap dan keyakinan yang jitu terutama terhadap ganjaran selepas mati menjadi pendorong kuat kepada kejayaan hijrah agung itu. Di samping kekuatan rohani yang utuh maka keteguhan ekonomi, kekuatan ketenteraan, ketinggian disiplin, kesempurnaan fizikal atau jasmani juga amat ditekankan oleh baginda sebelum berhijrah.

Walau bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. sekali-kali tidak pernah mengabaikan pra syarat utamanya iaitu pegangan akidah, iman dan akhlak yang tinggi pada diri para sahabat r.a. Ini kerana tanpa syarat utama tersebut, maka semua kekuatan lain tidak berguna untuk menghadapi cabaran dan ujian yang amat hebat.

Lihatlah sendiri betapa kuatnya iman Abu Bakar as-Siddiq r.a. yang terkenal sebagai seorang hartawan dan dermawan. Begitu juga dengan iman Saidina Umar al-Khattab r.a. yang terkenal dengan keberaniannya menghunus pedang dan mematahkan kelancangan musuh. Demikian juga dengan para sahabat baginda yang lain yang nama-nama mereka disenaraikan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi kumpulan terawal diterima masuk sebagai tetamu syurga.

Tanpa kekuatan iman nescaya ilmu yang banyak akan membawa seseorang itu menjadi angkuh dan kufur. Begitulah juga orang yang berharta akan menjadi bakhil dan tamak haloba manakala orang yang kuat perkasa pula menuntut upah yang banyak sebelum turun ke medan jihad dan sebagainya. Kelemahan iman juga akan menjerumuskan mereka kepada cintakan dunia, takutkan mati, suka menabur fitnah, berbangga-bangga dan suka mengampu demi mendapat habuan dunia yang fana ini.

Sesungguhnya peristiwa hijrah yang dicatatkan sebagai proses terpenting dalam pembentukan sesebuah negara Islam pertama di Madinah, tidak dicapai dengan cakap-cakap mulut sahaja. Ia bukan hanya slogan retorik semata-mata. Ia juga bukan hasil daripada pemerasan kuasa ke atas kaum yang lemah, penipuan, taktik kotor, menindas sesuatu kumpulan atau kekerasan yang tidak berhati perut. Malah ia sebenarnya bertitik tolak berkat daripada kesabaran yang tinggi, keikhlasan yang lahir dari hati yang murni dan pengorbanan para pencinta keadilan yang terdiri daripada para sahabat r.a.

Umat Islam hari ini wajib mempersiapkan diri untuk melakukan hijrah menuju ke alaf baru. Dunia tidak akan menunggu sesuatu umat untuk sama-sama mencapai kecemerlangan. Kita juga perlu sedar bahawa kita tidak disuruh duduk menunggu sehingga dijemput kematian lalu kita keluar daripada alam ini tanpa melakukan apa-apa perubahan. Sebaliknya kita disuruh dan diwajibkan berusaha sedaya upaya mencapai kejayaan di dunia sehingga ajal tiba. Cuma satu, kita dilarang daripada mengejar dunia sampai melupakan akhirat.

Golongan yang mundur biasanya sengaja mewujudkan halangan untuk cemerlang di dalam hidupnya. Manakala golongan yang maju sentiasa bersedia berhadapan dan mengatasi hambatan dan halangan-halangan seperti perasaan takut gagal untuk bersaing, sikap suka bertangguh, malas, banyak dalih dan banyak angan-angan. Golongan yang pesimis juga mempunyai banyak prasangka buruk terhadap sesuatu perkara, banyak cakap daripada bertindak, banyak helah dan suka menjadi 'pak turut' kepada orang lain.

Kebanyakan daripada umat Islam amat suka menumpukan kekurangan yang ada pada diri sehingga segala kekuatan dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah pada setiap diri mereka menjadi terlalu halus dan tidak mampu kelihatan langsung. Akhirnya mereka menyenaraikan satu persatu kelemahan diri dan halangan demi halangan sehingga tidak berdaya melakukan apa-apa anjakan paradigma.

Di samping itu, manusia seperti ini suka menyalahkan orang lain, masa dan keadaan persekitaran. Golongan ini seterusnya menjadi kelompok yang tidak percaya kepada diri sendiri dan terlalu bergantung kepada orang lain. Mereka hidup tanpa perlu berusaha lebih daripada biasa. Sikapnya sentiasa berpada dengan apa yang ada dan kerap kali mengharapkan rezeki datang bergolek dengan hanya bertawakal tanpa usaha.

Sudah sampai masanya umat Islam menghapuskan segala halangan untuk menang di dalam perlumbaan mencapai apa yang diusahakan. Mereka perlu tahu dengan jelas apakah keutamaan yang sebenarnya dan seterusnya bertindak melaksanakan prinsip-prinsip yang menyokong kemenangan dalam semua persaingan.

Umat Islam kini wajib melakukan persiapan untuk berhijrah. Persiapan pertama adalah memperteguhkan iman menerusi ilmu dan amal soleh. Mempertingkatkan disiplin diri terhadap ketepatan masa, kejelasan matlamat dan segera bertindak adalah juga menjadi prinsip kejayaan yang utama. Dalam masa yang sama, umat Islam mesti bersedia menceburi semua bidang ilmu yang ada dan yang lebih mencabar. Dengan cara ini sahajalah, umat Islam akan mampu menguasai dunia ini tanpa dikongkong oleh orang lain. Jika tidak maka selama itulah umat Islam asyik merungut dan menyalahkan orang lain dan suasana. Sedangkan sebenarnya diri mereka sendirilah yang menyebabkan umat Islam di pandang hina dan diperlekehkan.

Di dalam al-Quran, Allah Taala berulang kali menegaskan supaya orang yang berakal iaitu 'Ulul Albab' sentiasa peka dan mengambil iktibar daripada umat-umat terdahulu dan peristiwa sirah yang berlaku. Justeru sewajarnyalah kita mempelajari falsafah hijrah dan segala persiapannya sebagai persediaan untuk kita menghijrahkan diri menuju ke alaf baru.

Saturday, November 20, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM

,
Kepada Semua Calon SPM SMK Jelawat

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

,

Wednesday, November 3, 2010

Program Gerak Gempur ICT

,
Tarikh: 2 November 2010
Tempat: Makmal Komputer SMK Jelawat
Peserta: 30 orang pelajar Tingkatan 3
Program: Baik Pulih Komputer


Peserta-peserta program mendengar taklimat pengenalan.

Peserta diberi pendedahan dan berpeluang memasang perkakasan.


Pelajar menyediakan slaid persembahan dan sesi pembentangan mengikut kumpulan.




Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini.

Sunday, September 19, 2010

Persaraan Kaunselor Pelajar

,



Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

,

Wednesday, August 11, 2010

Pertandingan Liga Remaja Kreatif

,

PENGENALAN
Liga Remaja Kreatif merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik meliputi dua peringkat iaitu peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. Tema pada tahun 2010 adalah “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia” Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 7 minit dan pada umumnya bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.

Maklumat Peraduan:
Pertandingan Jalur Lebar Untuk 1Malaysia adalah anjuran bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Filem Negara Malaysia.
Pertandingan ini dibuka dari 1 Jun 2010 hingga 30 Ogos 2010.
Tema bagi produksi adalah JALUR LEBAR UNTUK 1MALAYSIA dan mestilah berbahasa Malaysia.

Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan
Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan
Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan.
Durasi Penyertaan : 3-7 Minit
Tarikh Mula Penyertaan : 1 Jun 2010
Tarikh Tutup Penyertaan : 30 Ogos 2010

HADIAH
A. Peringkat Negeri
Hadiah tempat pertama: RM5 000 beserta telefon bimbit
Hadiah tempat kedua: RM3 000 beserta telefon bimbit
Hadiah tempat ketiga: RM2 000 beserta telefon bimbit
Hadiah saguhati : RM500 x 7
B. Peringkat Kebangsaan
Hadiah tempat pertama: RM10 000 beserta kamera digital
Hadiah tempat kedua: RM7 500 beserta kamera digital
Hadiah tempat ketiga: RM5 000 beserta kamera digital

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Buat Semua...

,

Monday, July 26, 2010

Mengenal Microsoft Powerpoint

,
Microsoft Powerpoint adalah suatu software yang akan membantu dalam menyusun sebuah persembahan yang efektif, professional, dan juga mudah. Microsoft Powerpoint akan membantu sebuah gagasan menjadi lebih menarik dan jelas tujuannya jika dipersembahkan kerana Microsoft Powerpoint akan membantu dalam pembuatan slaid, outline persembahan, persembahan elektronik, menampilkan slaid yang dinamis, termasuk clip art yang menarik, yang semuanya itu mudah ditampilkan di layar monitor komputer.
Keterangan Gambar :
Menu Bar : Daftar menu yang masing-masing terdiri dari beberapa perintah
Standard Toolbar : Tools untuk menangani file, menyisipkan objek sama ada gambar atau grafik
Formatting Toolbar : Tools yang terdiri dari item yang berhubungan dengan pengaturan huruf atau tulisan
Slide Sorter View : Menampilkan keseluruhan slide di layar kerja dalam bentuk ukuran kecil Slide Show : Menampilkan tayangan sebuah slide
Drawing Toolbar : Tools yang terdiri dari item yang berhubungan dengan pembuatan ataupun pengaturan gambar

Sunday, July 25, 2010

MS Word - Menyisipkan Gambar, Objek, WordArt

,
Menyisipkan Gambar

Gambar dapat disisipkan ke dalam dokumen. Gambar yang disisipkan dapat berupa file gambar atau kumpulan gambar (clip art) yang telah disediakan program MS Word. Untuk menyisipkannya, klik menu Insert > Picture > Clip Art. Pada bahagian Search for di Task Pane, taipkan kata petunjuk yang berkaitan dengan gambar, contohnya animals. Maka akan keluarlah gambar seperti pada contoh di bawah ini:

Untuk menyisipkan gambar, klik pada gambar yang diinginkan.
Untuk menyisipkan gambar dari file, klik menu Insert > Picture > From File sehingga muncul kotak dialog Insert Picture. Pilih gambar yang diinginkan dari folder.


Menyisipkan objek AutoShape

AutoShape adalah objek-objek dengan bentuk tertentu yang dapat disisipkan ke dalam dokumen. Objek-objek tersebut antara lain bentuk garis, lingkaran, persegiempat, dan lainnya. Objek-objek tersebut dapat disisipkan dengan memilihnya pada Tool Bar Drawing.Untuk menampilkan toolbar ini, klik menu View > Toolbars > Drawing. Klik tombol AutoShapes kemudian pilih kategori objek sesuai keinginan.
MenyisipkanWordArt

Teks yang dibuat dengan WordArt akan tampak lebih bervariasi. Salah satu contoh penggunaan WordArt adalah di bawah ini:

Cara membuatnya adalah klik atau dapat juga klik menu Insert > Picture > WordArt sehingga muncul WordArt Gallery. Pilih teks sesuai keinginan kemudian taipkan teks.

Thursday, July 22, 2010

MS Word - Membina Jadual (Table)

,
Pada umumnya, penyisipan jadual ke dalam dokumen berfungsi untuk mendukung penjelasan/huraian dokumen. Untuk membina jadual, klik menu Table.
Insert > Table sehingga muncul kotak dialog Insert Table

• Number of columns: untuk menentukan jumlah lajur.
• Number of rows: untuk menentukan jumlah baris.
• AutoFit Bahavior: untuk pengaturan lebar lajur.

Jadual dapat diatur propertinya untuk menyesuaikan tampilannya, misalnya mengatur tampilan garis, memberi warna sel, mengatur posisi, dan lainnya. Contoh jadual dibawah ini adalah jadual yang telah diberi variasi:

Variasi pada jadual tersebut dapat dibuat dengan menggunakan pelbagai fasiliti yang ada pada View > Tool Bars > Tables and Borders.

MS Word - Menuliskan teks dan memformat paragraf

,
Pengetikan teks dimulai dari titik sisip (titik iterasi). Titik sisip dapat dilihat dari garis hitam yang berkedip di dalam halaman dokumen. Dalam mengetikkan teks, penekanan tombol Enter pada keyboard akan membuat paragraf baru.
Untuk membuat hasil yang maksima, maka diperlukan pemformatan karakter, seperti menentukan jenis huruf, stail huruf, ukuran huruf, dan lainnya.
Pemformatan karakter dapat diterapkan sebelum ataupun sesudah pengetikan.
Klik menu Format > Font untuk melakukan pemformatan sehingga muncul
kotak dialog Font.

• Font: untuk menentukan jenis huruf yang digunakan.
• Font Style: menentukan stail huruf, iaitu Regular (biasa), Italic (miring), Bold (tebal), dan Bold Italic (tebal dan miring).
• Size: menentukan ukuran huruf.
• Font Color: menentukan warna huruf.
• Effects: untuk membuat efek-efek yang akan diterapkan pada teks.
• Preview: menampilkan contoh hasil pengaturan format teks.

Jadual di bawah ini memperlihatkan contoh-contoh hasil pemformatan teks dan penggunaan efek di dalam teks.


Selain pemformatan huruf, juga ada pengaturan paragraf. Perataan paragraf ada empat iaitu rata kiri , rata tengah , rata kanan , dan rata kiri kanan .
Contoh penggunaan perataan paragraf:

Pengaturan spacing baris adalah pengaturan jarak antarabaris di dalam paragraf.
Pengaturan ini dapat dilakukan dengan tombol Line Spacing .

Wednesday, July 21, 2010

MS Word - Membuat, menyimpan, menutup, dan membuka dokumen

,
Untuk membuat dokumen baru, boleh dilakukan dengan cara berikut:

1. Klik menu File > New sehingga muncul jendela Task Pane yang menampilkan bahagian New Document.
2. Setelah itu, pilihlah Blank Document untuk membuat dokumen. (Boleh juga memilih salah satu dokumen template untuk membuat dokumen baru berdasarkan template yang telah disediakan.)

Di dalam Tool Bar juga terdapat tombol New Blank Document (Gambar) yang befungsi untuk membuat dokumen baru tanpa melalui jendela Task Pane.
Sebelum memulai dokumen, sebaiknya atur properti terlebih dahulu. Pengaturan properti mempengaruhi hasil cetakan. Pengaturan properti dapat dilakukan dengan menggunakan perintah File > Page Setup sehingga muncul kotak dialog Page Setup. Kotak dialog ini terdiri dari tiga bahagian, iaitu Margins, Paper, dan Layout.

Margins: untuk menentukan batas atas (Top), kiri (Left), kanan (Right), dan bawah (Bottom) dokumen, dan ada juga orientasi kertas.
Paper Size: untuk menentukan ukuran kertas yang akan digunakan dengan memilihnya pada menu drop-down.
Secara default, satuan yang digunakan pada ruler mahupun margin adalah inchi. Untuk mengubahnya ke centimeter, klik menu Tools > Options sehingga muncul kotak dialog Options. Pilih tab General. Pada bahagian Measurements Units, gantilah satuan ke Centimeters.

Untuk menyimpan dokumen baru, secara default nama dokumen yang dibuat akan berurutan, iaitu Document 1, Document 2, Document 3, dan seterusnya. Cara untuk menyimpan dokumen adalah seperti berikut:

1. Klik menu File > Save atau File > Save As sehingga muncul kotak dialog Save As (Gambar).

2. Di dalam kotak dialog tersebut, lakukan pengaturan sebagai berikut:
• Save in: tentukan lokasi folder tempat dokumen akan disimpan.
• File name: ketikkan nama untuk identifikasi dokumen.
• Save as type: type dokumen, gunakan default yang diberikan, iaitu Word Document.
• Klik tab Save untuk menyimpan dokumen tersebut.
Untuk menyimpan dokumen lama yang telah diedit, klik menu File > Save. Apabila dokumen tersebut hendak disimpan dengan nama yang berbeza, klik File > Save As sehingga caranya sama seperti menyimpan dokumen baru. Apabila menyimpan dokumen, nama yang digunakan sama dengan nama yang sudah ada di dalam folder, maka kotak seperti ini(gambar) muncul.

• Replace exiting file: menimpa file yang sudah ada dengan dokumen baru.
• Save change with a different name: menyimpan dokumen baru dengan nama lain.
• Merge into exiting file: menggabungkan perubahan yang dilakukan kedalam file yang sudah ada.

Setelah selesai mengedit dokumen dan memastikan sudah menyimpannya, ada beberapa cara untuk menutup dokumen, iaitu:

• Klik menu File > Close.
• Klik tombol Close Window yang terdapat di dalam Title Bar.

Dokumen yang telah disimpan dapat dibuka dengan salah satu cara berikut:

• Klik menu File > Open.
• Klik tombol Open yang terdapat di dalam Tool Bar.
Sehingga muncul kotak dialog open , kemudian pilih file dokumen yang hendak dibuka.


Tuesday, July 20, 2010

Mengenal Microsoft Word

,
Microsoft Word (MS Word) merupakan program untuk mengolah kata. Program ini boleh digunakan untuk menulis dokumen misalnya karya penulisan, skrip, novel, dan sebagainya. Selain menulis dokumen, MS Word juga dapat digunakan untuk menulis teks, membina jadual, menyisipkan gambar, dan lain-lain.

Secara default, tampilan area kerja program MS Word terdiri atas Title Bar, Menu Bar, Tool Bar, Ruler, dan Task Pane.


Title bar berisi nama file yang sedang dikerjakan, serta tombol menampilkan,atau menyembunyikan jendela program, dan menutup program, iaitu tombol Minimize, Maximize/Restore, dan Close.

Menu bar berisi serangkaian perintah yang didalamnya terdapat sub-sub perintah sesuai kategorinya. Perintah File mempunyai sub-sub perintah yang berkaitan dengan dokumen, misalnya membuat dokumen baru (Open), mengatur properti dokumen (Page Setup), dan sebagainya.


Tool bar berisi tombol-tombol yang berfungsi sebagai alternatif penggunaan perintah yang sering digunakan. Sebagai contoh, tool Open merupakan shortcut dari perintah File > Open, atau tool Print merupakan shortcut dari perintah File > Print.

Ruler merupakan kotak pengukuran yang diletakkan secara horizontal di atas dokumen, dan secara vertical di sebelah kiri dokumen. Ruler berfungsi untuk mempermudah melakukan pengaturan letak halaman.

Task pane merupakan fasiliti yang berisi rangkuman perintah yang sering digunakan dalam pengeditan dokumen. Bahagian di dalam jendela Task Pane terdiri atas 13 bahagian, iaitu Getting Started, Help, Search Results, Clip Art, Research, Clipboard, New Document, Shared Workspace, Document Updates, Protect Document, Styles and Formatting, Reveal Formatting, Mail Merge, dan XML Structures.

Status bar adalah baris horizontal yang menampilan informasi jendela dokumen yang sedang ditampilkan.



Page number: menampilkan informasi halaman.
• Sec: menampilkan section dokumen.
Number/number: menampilkan nombor halaman dan total halaman berdasarkan fisikal halaman di dalam dokumen.
At: menampilkan jarak dari atas halaman pada titik sisip.
Ln: menampilkan baris dari teks tempat titik sisip diposisikan.
Col: menampilkan jarak dari baris kiri ke posisi titik sisip. Jarak ditentukan dengan jumlah karakter.

Monday, July 19, 2010

Program Pemantapan ICT

,



Wednesday, July 14, 2010

Think & Click the right path

,