Tuesday, June 8, 2010

Pengenalan Internet

,
Internet ialah gabungan perkataan “International” dan “Networking”. Ia merupakan jaringan atau rangkaian komputer yang terbesar. Ia meliputi sesuatu kawasan yang mencakupi local area dan global. Internet membolehkan manusia di seluruh dunia berkomunikasi di antara satu sama lain dalam kadar masa yang cepat dan murah. Sesiapa saja boleh mendapat pelbagai maklumat yang berguna dengan menggunakan internet.

Rangkaian dalam internet menggunakan protokol rangkaian yang dipanggil TCP/IP ( Transmission Control Protocol / Internet Protocol). Setiap pengguna internet mestilah mengikuti protokol ini untuk membuat capaian ke internet. Internet disambung melalui pelbagai kaedah yang menggunakan ISP (Internet Service Provider) seperti TMNet, Jaring dan lain-lain. Halaman web atau World Wide Web ( WWW) digunakan untuk membuat pertukaran data di internet dengan mudah dan efisien.

Terdapat 2 elemen penting di dalam WWW iaitu :
a) Hyper Text Markup Language (HTML) - suatu format kod bahasa yang sangat mudah di pelajari dan digunakan.
b) Hyper Text Transport Protocol (HTTP) – suatu protokol untuk memindahkan fail HTML melalui internet .

Ia terdiri dari 2 bahagian :
a) Server Web – komputer dan perisian yang menyimpan dan mengagihkan data ke komputer lain melalui internet.
b) Browser Web – perisian yang beroperasi di setiap komputer peribadi (client) yang meminta sesuatu maklumat dari server web dan menampilkannya sedemikian rupa sehingga data tersebut dapat dicapai. Contohnya Internet Explorer(IE), Mozilla, Opera, Netscape Navigator dan lain-lain.