Terdapat banyak kegunaan yang menguntungkan boleh didapati dari internet:
1.Maklumat diperolehi dengan lebih cepat dan murah.
Terdapat 4 aplikasi Internet :
a.  E-mel iaitu mel elektronik iaitu kaedah penyampaian maklumat dengan pantas antara pengguna internet.
b.    Aplikasi Capaian Jauh – menggunakan fail atau data seperti 
bunyi , teks, data, imej, aturcara menggunakan aturcara seperti FTP (File Transfer Protocol) atau telnet.
c.    Rangkaian Pengetahuan  – ia membolehkan antara  pengguna internet berbual secara online iaitu berkongsi maklumat  atau berbincang  sesuatu topik ,contohnya  IRC iaitu Internet Relay Chat.
d.   Aplikasi Capaian Pengetahuan – menggunakan perkakasan seperti Archie dan Gopher untuk mencari maklumat tertentu dalam pangkalan data di seluruh dunia.
2.Mengurangkan kos kertas dan kos pembahagian contohnya majalah atau brosur tidak perlu dicetak lagi dan diedarkan.
3.Sebagai media promosi contohnya memperkenalkan produk  terbaru atau pengenalan sesuatu syarikat, membuat pemesanan produk.
4.Bahan komunikasi Interaktif contohnya Video Conferencing, Internet Phone dan lain-lain.
5. Sebagai agen pendidikan , penyelidikan dan pembangunan contohnya pelajar-pelajar sekolah atau universiti boleh mencari bahan -bahan yang diperlukan untuk kerja kursus/ tesis mereka menggunakan internet.
6. Sebagai agen pertukaran data.
 
 
 

 
 
