Thursday, June 17, 2010

Daftar Akaun Email

,
Email adalah satu medium penting dalam perhubungan seharian kita. Email juga dapat menggantikan surat di pejabat pos. Selain itu, ianya adalah PERCUMA dan proses penghantaran email mengambil masa tidak sampai 5 minit berbanding pos biasa yang memakan masa 3 – 5 hari.

Terdapat pelbagai email percuma yang ditawarkan di internet seperti yahoo, hotmail, gmail dan lain-lain. Artikel kali ini akan menerangkan cara mendaftar akaun email yahoo.


Langkah 1:
Buka pelayar (browser) samaada Internet Explorer atau Mozilla Firefox dan taipkan alamat URL iaitu http://mail.yahoo.com

Langkah 2:
Klik butang “Create New Account” untuk memulakan pendaftaran email baru.



Langkah 3:
Isikan maklumat yang diperlukan seperti nama, jantina, tarikh lahir dan negara.

Langkah 4:
- Pilih satu ID / username untuk alamat email anda. Anda bebas memilih apa sahaja nama yang dikehendaki. Sekiranya id / username tersebut telah dimiliki orang lain, satu mesej akan keluar pada bahagian bawah id tersebut.
- Sila gunakan kata laluan (password) yang sukar untuk diteka orang lain. Pastikan anda mengingati kata laluan anda.

Langkah 5:
- Untuk bahagian “Alternate Email”, sekiranya anda mempunyai akaun email lain selain daripada email yahoo, sila masukkan di sini. “Alternate Email” digunakan untuk menghantar kata laluan anda sekiranya anda terlupa kata laluan semasa anda.
- “Secrect Question 1 & 2” adalah soalan rahsia yang hanya anda tahu jawapannya. Anda boleh memilih samaada ingin mencipta soalan rahsia anda atau anda boleh memilih soalan yang telah tersenarai. Jawapan bagi soalan tersebut haruslah diingati dan akan ditanya sekiranya anda terlupa kata laluan anda.



Langkah 6:
Masukkan kod yang telah dipaparkan di ruangan bawah.

Langkah 7:
Klik butang “Create My Account”. Sebelum itu, pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah betul sebelum anda menekan butang tersebut.



Langkah 8:
Sila salin atau cetak maklumat akaun anda. Maklumat ini perlu disimpan dengan baik untuk kegunaan pada masa akan datang.

Langkah 9:
Klik butang “Continue”.



Tadaaa, akhirnya anda telah berjaya membina akaun email anda sendiri.