Wednesday, June 30, 2010

Blog- Menulis Post & Menambah Gambar

,
1. Menulis POST
Klik pada butang NEW POST dan masukkanlah cerita, gambar, video atau apa sahaja.
Masukkan Tajuk untuk Post anda dan juga apa yang ingin anda tulis.
Selesai saja anda menulis, klik pada bahagian Preview.

Jika anda berpuas hati dengan hasil kerja anda, sila klik pada butang Publish Post yang terletak pada bahagian bawah sebelah kiri.
Blog anda akan dilancarkan selepas itu.




2. Menambah Gambar
Klik pada butang add image
Pilih di mana kedudukan gambar anda dan jenis paparan yang dikehendaki samaada ingin meletak gambar tersebut di sebelah kiri,kanan atau tengah.
Anda juga boleh memilih saiz gambar anda.
Kemudian klik pada bahagian UPLOAD IMAGES untuk memasukkan gambar ke dalam blog.




Sunday, June 27, 2010

Membina Blog

,
Klik pada web browser Internet Explore
Taipkan www.blogger.com/start di dalam address bar
Taipkan username(email) dan Kata laluan
Klik pada bahagian "Sign In"



Masukkan nama untuk dipamerkan pada blog
Pilih "accept" pada bahagian Blogger's Term of Service
Klik pada butang Create Blog untuk membina blog
Pilih Template yang disediakan
Masukkan maklumat tentang diri anda dalam personal profile
dan ubahsuailah blog mengikut citarasa.

Wednesday, June 23, 2010

Email - Menulis email, melampirkan fail dan menghantar email

,
2. Menulis email
Klik NEW --> Email Message
Taip apa jua yang anda inginkan.


3. Melampirkan email
Sekiranya anda ingin melampirkan fail.
Klik butang Attach, kemudian pilih lokasi fail yang disimpan.
Selepas itu, klik attach dan fail akan dilampirkan pada email anda.





4. Menghantar email
Setelah anda selesai menulis dan melampirkan fail yang anda inginkan.
Jangan lupa masukkan alamat email rakan atau penerima email anda.
Masukkan juga tajuk email anda. Akhir sekali klik butang "Send"
Sekarang anda sudah berjaya menghantar email.

Monday, June 21, 2010

Bagaimana Menggunakan Email

,
1. Membuka email
Klik pada web browser Internet Explore
Taipkan http://mail.yahoo.com di dalam address bar
Taipkan Kata nama dan Kata laluan
Klik pada Daftar Masuk




Thursday, June 17, 2010

Daftar Akaun Email

,
Email adalah satu medium penting dalam perhubungan seharian kita. Email juga dapat menggantikan surat di pejabat pos. Selain itu, ianya adalah PERCUMA dan proses penghantaran email mengambil masa tidak sampai 5 minit berbanding pos biasa yang memakan masa 3 – 5 hari.

Terdapat pelbagai email percuma yang ditawarkan di internet seperti yahoo, hotmail, gmail dan lain-lain. Artikel kali ini akan menerangkan cara mendaftar akaun email yahoo.


Langkah 1:
Buka pelayar (browser) samaada Internet Explorer atau Mozilla Firefox dan taipkan alamat URL iaitu http://mail.yahoo.com

Langkah 2:
Klik butang “Create New Account” untuk memulakan pendaftaran email baru.



Langkah 3:
Isikan maklumat yang diperlukan seperti nama, jantina, tarikh lahir dan negara.

Langkah 4:
- Pilih satu ID / username untuk alamat email anda. Anda bebas memilih apa sahaja nama yang dikehendaki. Sekiranya id / username tersebut telah dimiliki orang lain, satu mesej akan keluar pada bahagian bawah id tersebut.
- Sila gunakan kata laluan (password) yang sukar untuk diteka orang lain. Pastikan anda mengingati kata laluan anda.

Langkah 5:
- Untuk bahagian “Alternate Email”, sekiranya anda mempunyai akaun email lain selain daripada email yahoo, sila masukkan di sini. “Alternate Email” digunakan untuk menghantar kata laluan anda sekiranya anda terlupa kata laluan semasa anda.
- “Secrect Question 1 & 2” adalah soalan rahsia yang hanya anda tahu jawapannya. Anda boleh memilih samaada ingin mencipta soalan rahsia anda atau anda boleh memilih soalan yang telah tersenarai. Jawapan bagi soalan tersebut haruslah diingati dan akan ditanya sekiranya anda terlupa kata laluan anda.



Langkah 6:
Masukkan kod yang telah dipaparkan di ruangan bawah.

Langkah 7:
Klik butang “Create My Account”. Sebelum itu, pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah betul sebelum anda menekan butang tersebut.



Langkah 8:
Sila salin atau cetak maklumat akaun anda. Maklumat ini perlu disimpan dengan baik untuk kegunaan pada masa akan datang.

Langkah 9:
Klik butang “Continue”.



Tadaaa, akhirnya anda telah berjaya membina akaun email anda sendiri.

Wednesday, June 16, 2010

Penggunaan perisian komputer

,
Perisian ini lebih banyak digunakan oleh pengguna biasa seperti kita, tidak kira sama ada kita berada di rumah ataupun di tempat kerja, pakej perisian komputer peribadi banyak boleh digunakan oleh kita.

Contoh antara penggunaan perisian-perisian ini adalah:
-Menaip surat
-Membuat laporan
-Bermain permainan komputer
-Mendengar muzik
-Menonton tayangan VCD

Kita sebagai pengguna perisian ini dinamakan sebagai End User (Pengguna Akhir). Takrifan ini diberikan kerana kita sebagai pengguna akhir tidak membangunkan perisian tersebut tetapi kita hanya menggunakannya sahaja.

Sunday, June 13, 2010

Asas Penggunaan Komputer

,
Pengenalan kepada jenis perisian

a. Dalam era teknologi maklumat, komputer banyak digunakan dalam pelbagai urusan harian kita. Antara contohnya:
i. Urusan Perbankan (ATM: Auto Teller Machine)
ii. Urusan Cukai
iii. Urusan Pejabat

b.Walaupun secara luarannya kita melihat bahawa komputer banyak membantu kita, namun sebenarnya kemampuan komputer adalah terhad.

c.Cara komputer melaksanakan sesebuah tugas tertentu bergantung kepada perisian (ditulis oleh manusia) yang menyimpan set-set arahan dan panduan yang akan digunakan oleh komputer itu.

d.Secara definisi, PERISIAN ditakrifkan sebagai: Sekumpulan arahan (program komputer) yang dibentuk untuk melaksanakan tugas atau fungsi tertentu.

Wednesday, June 9, 2010

Kegunaan Internet

,
Terdapat banyak kegunaan yang menguntungkan boleh didapati dari internet:
1.Maklumat diperolehi dengan lebih cepat dan murah.
Terdapat 4 aplikasi Internet :
a. E-mel iaitu mel elektronik iaitu kaedah penyampaian maklumat dengan pantas antara pengguna internet.
b. Aplikasi Capaian Jauh – menggunakan fail atau data seperti
bunyi , teks, data, imej, aturcara menggunakan aturcara seperti FTP (File Transfer Protocol) atau telnet.
c. Rangkaian Pengetahuan – ia membolehkan antara pengguna internet berbual secara online iaitu berkongsi maklumat atau berbincang sesuatu topik ,contohnya IRC iaitu Internet Relay Chat.
d. Aplikasi Capaian Pengetahuan – menggunakan perkakasan seperti Archie dan Gopher untuk mencari maklumat tertentu dalam pangkalan data di seluruh dunia.

2.Mengurangkan kos kertas dan kos pembahagian contohnya majalah atau brosur tidak perlu dicetak lagi dan diedarkan.

3.Sebagai media promosi contohnya memperkenalkan produk terbaru atau pengenalan sesuatu syarikat, membuat pemesanan produk.

4.Bahan komunikasi Interaktif contohnya Video Conferencing, Internet Phone dan lain-lain.

5. Sebagai agen pendidikan , penyelidikan dan pembangunan contohnya pelajar-pelajar sekolah atau universiti boleh mencari bahan -bahan yang diperlukan untuk kerja kursus/ tesis mereka menggunakan internet.

6. Sebagai agen pertukaran data.

Tuesday, June 8, 2010

Pengenalan Internet

,
Internet ialah gabungan perkataan “International” dan “Networking”. Ia merupakan jaringan atau rangkaian komputer yang terbesar. Ia meliputi sesuatu kawasan yang mencakupi local area dan global. Internet membolehkan manusia di seluruh dunia berkomunikasi di antara satu sama lain dalam kadar masa yang cepat dan murah. Sesiapa saja boleh mendapat pelbagai maklumat yang berguna dengan menggunakan internet.

Rangkaian dalam internet menggunakan protokol rangkaian yang dipanggil TCP/IP ( Transmission Control Protocol / Internet Protocol). Setiap pengguna internet mestilah mengikuti protokol ini untuk membuat capaian ke internet. Internet disambung melalui pelbagai kaedah yang menggunakan ISP (Internet Service Provider) seperti TMNet, Jaring dan lain-lain. Halaman web atau World Wide Web ( WWW) digunakan untuk membuat pertukaran data di internet dengan mudah dan efisien.

Terdapat 2 elemen penting di dalam WWW iaitu :
a) Hyper Text Markup Language (HTML) - suatu format kod bahasa yang sangat mudah di pelajari dan digunakan.
b) Hyper Text Transport Protocol (HTTP) – suatu protokol untuk memindahkan fail HTML melalui internet .

Ia terdiri dari 2 bahagian :
a) Server Web – komputer dan perisian yang menyimpan dan mengagihkan data ke komputer lain melalui internet.
b) Browser Web – perisian yang beroperasi di setiap komputer peribadi (client) yang meminta sesuatu maklumat dari server web dan menampilkannya sedemikian rupa sehingga data tersebut dapat dicapai. Contohnya Internet Explorer(IE), Mozilla, Opera, Netscape Navigator dan lain-lain.

Monday, June 7, 2010

Peranan Komputer

,
Secara ringkasnya komputer boleh melakukan tugas-tugas berikut:
--> Memproses data
Menukarkan data kepada maklumat yang tersusun

--> Kawalan
Alat kawalan untuk mengendalikan mesin atau robot

--> Reka bentuk dan pembangunan
Mereka bentuk bahan seperti pelan rumah atau simulasi sesuatu produk

--> Komunikasi data
Perhubungan dan perkongsian maklumat