Sunday, March 28, 2010

KEPENTINGAN INTERNET

,
1. berhubung melalui e-mail, 'chat', dan e-mail bersuara, ianya menjimatkan.
2. mendapatkan pelbagai jenis ilmu di pelbagai jenis laman web pendidikan.
3. bina laman web sendiri.
4. beli barang, contohnya peralatan komputer.
5. iklankan barangan atau perkhidmatan sendiri.
6. sudah ada perkhidmatan pembayaran bil letrik, air dan telefon melalui internet.
7. terdapat kandungan berita yang pelbagai tanpa perlu membeli akhbar.
8. menambah kenalan dalam dunia siber.
9. hiburan, dalam bentuk muzik.
10. permainan dalam bentuk pendidikan.

Wednesday, March 24, 2010

KEPENTINGAN KOMPUTER

,
1. Boleh menulis sebarang kerja yang bersesuaian, biasanya dengan MS Word.
2. MS Excel - Membina jadual, himpunan markah, pengiraan, dan sebagainya.
3. Permainan yang meliputi jenis pendidikan dan sukan.
4. Belajar atau dengar lagu-lagu melalui CD.
5. Membina sesuatu program untuk pembelajaran dengan menggunakan MS Power Point
atau MS Acces
6. Menyimpan data peribadi, keluarga,ataupun kelab.
7. Membuat poster, sepanduk, blok perkataan, pelbagai jenis kad, kalendar dan sebagainya.


Monday, March 15, 2010

ENJIN CARIAN INTERNET

,
Apa itu Enjin Carian?
Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci 'Malaysia' pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci 'Malaysia' dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan 'Malaysia' akan dipaparkan kepada anda.

Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.

Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.

Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang 'search' yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.

Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil 'spiders'. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.

Bagaimana Enjin Pencari Berfungsi?
Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.



Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.

Berikut adalah contoh-contoh enjin carian internet:

1) Google.com
2) MSN.com
3) Altavista.com
4) MetaCrawler.com

Monday, March 8, 2010

ISTILAH KOMPUTER

,
Data:
Input kepada komputer di dalam bentuk-bentuk seperti nombor, huruf,perkataan dan sebagainya.

Maklumat:
Data yang telah diproses dan dianalisa yang digunakan untuk
membuat sesuatu keputusan.

Input:
Data yang dimasukkan ke dalam sesuatu sistem untuk diproses.

Output:
Sesuatu maklumat yang dihasilkan daripada prosesan di dalam
sesuatu sistem.

Proses:
Aktiviti yang dilakukan ke atas data untuk menghasilkan maklumat.

Fail:
Himpunan sesuatu data dan maklumat.

Sunday, March 7, 2010

TIP PENJAGAAN KOMPUTER

,
Jangan sesekali matikan komputer dengan menutup plug eletrik. Pastikan ditutup dahulu kecuali terpaksa (ketika tergantung dan tidak boleh ditutup).

Jangan sesekali matikan komputer ketika sedang boot (mula-mula untuk masuk windows )ataupun reset.

Sesekali buka bingkai komputer dan buangkan habuk terutama pada kipas membekal kuasa dan kipas CPU. Habuk yang banyak boleh mengurangkan pengaliran udara menyebabkan kepanasan.

Beli pencuci CD dan disket dan cucilah bahagian drive kerana ia boleh memanjangkan hayat drive anda.

Thursday, March 4, 2010

INTERNET

,
Internet (internet) dengan huruf kecil adalah singkatan dari internetwork bermaksud rangkaian komputer setempat untuk menjadi landasan pemindahan data antara satu sama lain. Internet (Internet) dengan huruf besar bererti sebuah rangkaian global dan lebuhraya yang menggunakan protokol TCP/IP untuk berkomunikasi secara menyeluruh. Apa saja yang difikirkan atau terlintas di hati, maklumatnya ada di Internet, yang baik dan yang buruk sama banyak, cuma pandai-pandailah menjaga diri. Semasa melayari Internet, fahami sebab tindakan dan awasi setiap maklumat yang mungkin mengandungi virus, walaupun ia nampak menarik.

APA GUNANYA SISTEM MULTIMEDIA?

,

Sebuah komputer tanpa suara atau bunyi sudah tidak boleh diterima lagi. Permainan komputer tidak akan terserlah atau tidak boleh dimainkan langsung tanpa ada sokongan audio.

Ada tiga jenis kad bunyi iaitu kad bunyi untuk slot ISA, slot PCI dan kad bunyi bersepadu. Kad bunyi jenis slot ISA sudah tidak ada lagi atau dengan lain perkataan sudah pupus. Untuk pengemar permainan komputer, kad bunyi seperti Sound Blaster Live Value dengan perisian yang canggih, menjadi pilihan. Perisian pihak ketiga dapat juga digunakan untuk perkara yang sama, terutama mendengar lagu dalam kumpulan MP3.

Wednesday, March 3, 2010

APA ITU VIRUS?

,

Virus dalam komputer ialah satu program kecil bertujuan merosakkan sistem operasi dan menyebabkan komputer tidak boleh berfungsi dengan baik atau mati terus. Selalunya virus akan menyerang sektor but (boot sector), fail *.exe dan *.com. jenis-jenis virus ini dipanggil virus but dan virus fail, Terdapat satu lagi virus dipanggil virus macro yang akan merosakkan fail data program Microsoft Word dan Excel. Secara lazimnya virus akan membiak, memindah dan memadam fail-fail data pada masa-masa tertentu atau semasa program dibuka.

Pengguna komputer harus menghadapi hampir 45,000 virus yang dikenali dan pertumbuhan 200 virus setiap bulan. Program virus dicipta oleh programer-programer dengan niat negatif. Apa yang harus dibuat oleh para pengguna komputer, perlu berhati-hati dengan disket yang digunakan di pemacu A atau pendrive serta kandungan e-mel dan fail pindahturun dari Internet yang mencurigakan. Pemasangan permainan komputer dari CD-ROM harus diberi perhatian kerana penyibaran virus kadang-kadang melaluinya. Dapatkan sebuah program anti-virus terkini bagi tujuan mengimbas komputer setiap ketika dan masa dari diserang virus tanpa disedari.

Tuesday, March 2, 2010

PENGENALAN KOMPUTER

,
Nama komputer diambil dari perkataan 'compute' yang membawa makna melakukan pengiraan. Peralatan yang melakukan tiga perkara iaitu menerima arahan input, memproses maklumat (mengira) dan mengeluarkan data output akan dipanggil 'computer'.

Komputer mempunyai 4 bahagian untuk ia beroperasi dengan sempurna seperti rajah di bawah.



Peranti (device) input terdiri daripada papan kekunci dan tetikus di mana arahan dan maklumat dimasukkan. Pergerakan kursor (cursor) di skrin oleh tetikus dan menaip sesuatu di papan kekunci dianggap sebagai arahan pada komputer. Pengimbas dan cam video termasuk dalam gulungan peranti input. Unit Sistem paling asas terdiri dari prosesor, RAM, papan induk dan kad VGA akan memproses data dan menyimpan di piring storan serta keluar output di monitor. Apa-apa sahaja yang dipaparkan di skrin monitor walaupun cuma berbentuk prom C akan di sebut sebagai output. Sekiranya ingin salinan cetak, maklumat boleh pula dikeluarkan di mesin pencetak.

APA ITU KOMPUTER?

,
Komputer merupakan alat atau mesin automatik yang boleh diaturcarakan untuk
 menerima data dan mengolah data, seperti melakukan pengiraan matematik logik atau pemprosesan lain dan kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem.

 Komputer boleh menerima arahan dari manusia dan kemudian memprosesnya serta menyimpan semua maklumat ini untuk kegunaan kemudian dan mengeluarkan satu keputusan untuk semakan pengguna.

 Komputer berfungsi sebagai alat untuk memproses DATA menjadi MAKLUMAT

Monday, March 1, 2010

KELEBIHAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM P&P

,
i)Menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas yang cepat.
ii)Pengintegrasian multimedia daripada sumber yang pelbagai.
iii)Keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan dengan luas dengan kawalan kendiri.
iv)Memperluaskan capaian dengan pautan kepada sumber yang pelbagai.
v)Cara kerja baru dalam komputer akan membangkitkan motivasi kepada pelajar dalam pembelajaran.
vi)Warna, muzik dan grafik animasi dapat menambahkan kesan realistik dan memerlukan latihan, kegiatan amali, simulasi dan sebagainya.
vii)Tindak balas peribadi yang cepat dalam kegiatan pembelajaran pelajar akan menghasilkan penguatan yang tinggi.
viii)Pengawasan pengajaran daripada guru dapat diperluaskan kerana maklumat senang didapati dan mudah diatur dan ia membantu pengawasan yang lebih terhadap pelajar.